Thursday, 8 December 2011

BANGKIT UNTUK DIHISAB

Surah ini merupakan surah Makkiyah yang menduduki tempat ke-101 dalam susunan surah-sursh Al-quran dan diturunkan selepas surah Quraisy.Namanya diambil daripada perkatan al-Qari'ah yang terdapat dalam ayat pertama yang bermaksud ketukan yang amat keras.Walau bagaimanapun,maknanya dipakai dalam konteks lain yang lebih luas iaitu merujuk kepada hari kiamat.
 
     Keseluruham firman Allah dalam sebelas ayat ini menjelaskan tentang kiamat.Ia merangkumi gambaran fenomena kedhasyatan hari kiamat yang diingkari oleh golongan Musyrikin.Allah SWT menggambarkannya seperti sesuatu yang amat menakutkan dan mengerikan.Manusia yang selama ini yang berada di dunia sentiasa dimuliakan akan berada tidak dihargai sehingga ditiup berterbangan laksana belalang yang melayang-layang dalam tiupan angin kencang yang tidak dapat dikawal oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT.
 
    Gunung-ganang yang amat kukuh menjadi seperti bulu yang berterbangan ke sana sini.Keadaannya tidak jauh berbeza berbanding batu-batu kerikil kecil yang dilontar.Kemudian manusia akan dihimpunkan di hadapan Allah SWT untuk dihisab dan menerima balasan atas segala tindak-tanduknya di dunia.


TIMBANGAN: BERAT ATAU RINGAN
    Firman Allah SWT seterusnya dalam ayat 6 hingga 9,"Setelah berlaku demikian,maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing).Adapun orang berat timbangan amal kebaikannya,maka dia barada dalam kehidupan yang senang-lenang.Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal kebaikannya, maka tempat kembalinya ialah "hawiyah".
 
    Manusia akan dihadapkan dimahkamah Allah SWT untuk dikira amalannya di dunia.Berkaitan dengan timbangan ini,Abu Daud dan al-hakim meriwayatkan daripada Aisyah r.ha isteri Nabi Muhammad SAW ia berkata:"suatu hari aku teringat akan kedahsyatan neraka sehingga membuatku menangis.Rasulullah SAW lalu bertanya kepadaku:"Apa yang membuatmu menangis?"Aku menjawab:"Aku teringat akan neraka,lalu aku menangis.Apakah Rasulullah akan ingat keluarga Rasulullah nanti pada hari kiamat?


    "Rasulullah SAW menjawab yabg bermaksud:"Kelak pada 3 keadaan,maka tidak ada seorang pun yang mengingati orang lain;iaitu 1. Pada saat timbangan (amal)sehingga ia tahu timbangan kebaikannya lebih berat atau lebih ringan. 2. Pada saat buku-buku catatan amal berterbangan sehingga ia tahu buku itu jatuh ke tangan kanannya,tangan kiri atau dari belakangnya. 3. Pada saat melintasi titian (sirat)yang terletak di atas punggung neraka sehingga ia melaluinya".


HAKIM YANG MAHA ADIL
    Berbagai-bagai hadith Nabi SAW yang menyebut tentang timbangan ini adalah sebuah riwayat daripada ibnu almubarak daripada salman alfarisi dan alzuhud katanya :"diletakkan timbangan pada hari kiamat andai langit dan bumi diletakkan diatasnya nescaya ia cukup luas untuk keduanya.para malaikat bertanya:"wahai tuhan,untuk siapa timbangan ini?"allah menjawab:"untuk makhluk yang AKU kehendaki."para malaikat berkata"Maha suci Engkau,kami belum menyembah-Mu dengan sebenar-benar ibadah"
 
    Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Hakim dengan marfu'k,namun ibnu Rajab dalam Jami' al-ulum wa Al-hikam berkata:"riwayat mauquf lebih masyhur."
 
    Kesimpulan daripada pelbagai ayat dan hadis yang bercerita tentang timbangan ini,ia memberikan gambaran bahawa timbangan(mizan)ini ialah suatu alat yang akan dibawa ke hadapan seluruh makhuk pada hari kiamat nanti,kemudian digunakan untuk menimbang secara amat teliti sekecil apapun perbuatan baik @ buruk yang dilakukan seseorang.alat ini memiliki 2 bahagian;1 bahagian untuk diletakkan amal kebaikan & bahagian lain untuk diletakkan amal keburukan.mana-mana bahagian lebih berat,maka itulah yang akan menetukan nasib seseorang itu.
 
     inilah akidah pegangan majoriti Ahli Sunnah sejak zaman sahabat dan tabi'n.para ulama' menjelaskan bahawa salah satu tujuan diditangkan timbangan tersebut adalah untuk memperlihatkan kepada manusia keadilan Allah SWT yang sangat tinggi dan tidak dapat dipertikaikan dalam membalas setiap amal perbuatan mereka di dunia.


API YANG PANAS
    Allah SWT menggambarkan dalam ayat ke 9 bahawa tempat kembali para penderhaka adalah hawiyah.dalam tafsir al-aisar,pengarang menyatakan penggunaan neraka juga dikaitkan sebagai"ibu" kerana para penderhaka akan kembali ke pangkuaannya sebagaimana anak kembali mke pangkuaan ibunya.


    Dalam ayat ke-10 pula,uslub istifham (ayat tanya)didatangkan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahayanya api neraka.firmannya yang bermaksud:"dan apa jalannya  engkau dapat mengetahui,apa dia hawiyah itu?"akhirnya dalam penutup surah ini Allah SWT sendiri menjawab persoalan itu dengan mafhum firman-nya:"hawiyah itu ialah api yang panas membakar".


    Allah menghendaki daripada manusia agar faham bahawa tiada bahaya yang lebih memudaratkan berbanding kesengsaraan menjadi ahli dan penghuni neraka.
    

No comments:

Post a Comment