Thursday, 22 December 2011

AYAT AWEK

Seorang jejaka yang tak berapa hensome ingin mengayat aweknya supaya dia dapat tidor dengannya.

Jejaka : Awak, saya ada satu teka teki....

Awek : Apa dia?

Jejaka : Apa benda, tiada kanan atau kiri, tiada atas tiada bawah, tiada tengah tiada tepi, tiada awal tiada akhir ?

Awek : Ish, tak tau lah, I give up.

Jejaka : Itulah cinta saya pada awak....

Awek : Betul ke.... he he he. (merah gak lah pipi dia)

Jejaka : Awak, sudi tak awak teman saya di rumah malam ni?

Awek : Boleh, tapi awak kena jawap teka teki saya dulu.

Jejaka : Ok

Awek : Apa benda, bila dipegang sedap, tapi bila dirasa tak sedap?

Jejaka : Emm, tak tau lah.

Awek : Itulah tapak tangan saya (lalu awek tu melempang jejaka tak hensome itu dan terus blah)

Wednesday, 21 December 2011

WANITA

Lembut "WANITA" kerana tutur
katanya,
mesra "WANITA" kerana
senyumannya,
cekal "WANITA" kerana
beraninya,
patuh "WANITA" kerana setianya,
sabar "WANITA" kerana imannya,
kasih "WANITA" kerana
belainnya,
lemah "WANITA" kerana air
matanya,
ikhlas "WANITA" kerana
simpatinya,
dendam "WANITA" kerana
cemburunya,
sayang "WANITA" kerana sifat
keibuannya,
tanpa "WANITA" lelaki lemah,
kerana "WANITA" lelaki kalah..

Thursday, 15 December 2011

10 JARUM SYAITAN & 10 PENAWAR

1- Tamak, rakus dan buruk sangka- Penawarnya adalah percaya dengan Janji Allah SWT dan memupuk sifat Qanaah dalam jiwa.

2- Panjang angan-angan- Penawarnya adalah dengan menyedarkan jiwa dengan kematian pasti datang secara tiba-tiba dan kita tidak tahu dimanakah kubur kita.

3- Keinginan untuk beristirehat dan nikmat- Penawarnya adalah mengingati segala nikmat akan hilang sekelip mata dan hisab di hadapan Allah SWT amatlah berat.

4- Ujub dan bangga diri- Penawarnya adalah kita tidak tahu siapakah diri kita sebenar, apakah Allah SWT menyenaraikan kita diantara mereka yang beruntung atau pun kita termasuk dalam golongan mereka yang rugi.

5- Meremehkan kawan dan tidak menghargai mereka- Penawarnya adalah kita wajib menghormati mereka kerana Allah SWT dan Rasulullah SAW serta orang mukmin tidak pernah meremehkan sesiapa pun.

6- Hasad dengki- Penawarnya adalah kita wajib berfahaman, sesungguhnya Allah SWT Amat Maha Adil dalam membahagi keperluan rezeki maka kita boleh berdengki dengan harta yang Allah SWT telah kurniakan kepada seseorang dengan penuh keadilan.

7- Riya’ dan pujian seseorang- Penawarnya adalah kita wajib bersifat dengan sifat Ikhlas dan tidak menerima pujian seseorang sehingga menimbulkan sifat yang boleh mensyirikkan Allah SWT kerana Allah SWT berfirman “ Maka sesiapa yang mengharap akan bertemu dengan Allah SWT hendaklah beramal soleh dan tidak menyekutukan Allah SWT dengan sesuatupun “.

8- Sifat Kikir atau Bakhil- Penawarnya adalah dengan menyedarkan diri bahawa semua ditangan kita akan binasa dan akan hilang, maka hendaklah kita mengimfaqkan harta tersebut kepada Allah SWT yang tidak akan binasa denga harapan harta atau pahala kita akan binasa seperti mana binasanya semua makhluk. Allah SWT telah berfirman ” Apa yang ada padamu akan rosak binasa dan apa yang ada di sisi Allah SWT akan kekal”.

9- Sifat Sombong- Penawarnya adalah sesungguhnya Allah SWTlah yang menjadikan kita dan semua yang kita miliki maka kenapa kita berbangga dihadapan Allah SWT atau di bumi Allah SWT dengan apa Allah SWT jadikan. Allah SWT telah berfirman ” Sesungguhnya kami jadikan kamu daripada lelaki dan perempuan dan kami jadikan kamu bersuku-suku serta berbangsa-bangsa supaya mereka kenal dan mengenali. bahawa sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu adalah mereka yang paling bertaqwa “.

10- Sifat Tamak- Penawarnya adalah kita tidak boleh menaruh harapan untuk mengambil sesuatu daripada tangan orang lain, tetapi wajiblah kita menaruh harapan kepada Allah SWT dengan sesuatu yang kita harapkan dan mengambilnya daripada Tangan Allah SWT , sesungguhnya Allah SWT telah berfirman ” Sesiapa bertawakkal kepada Allah SWT , maka Allah SWT akan memberi kepada mereka jalan keluar dari segala kesempitan dan Allah SWT akan memberi rezeki kepadanya dari arah yang tidak disangka-sangka “.

SAHABAT

❤ Jangan kita sangka kawan kita yang sering menegur kita itu adalah orang yang paling bertaqwa
❤ Jangan kita fikir kawan kita yang sering menasihati kita itu adalah manusia yang tak diuji
❤ Jangan kita ingat kawan kita yang tegas beragama itu adalah manusia yang paling sempurna

Hakikatnya...~
❤ Dia menegur kita untuk mengingatkan dirinya juga
❤ Dia menasihati kita untuk dirinya turut berjaga-jaga
❤ Dan dia bertegas dalam perkara agama kerana risaukan bahang api neraka
❤ Kawan kita itu bukanlah MALAIKAT
❤ Dia juga MANUSIA
❤ Bersangka baiklah, dia sebenarnya mahu memimpin kita masuk ke syurga bersama-sama...

MENGAPA PERLU MENGHAFAZ AL-QURAN

>InsyaAllah akan lebih mudah menghayati cabangan2 ilmu yang lain krn Al Quran itu adalah mukjizat terunggul.

>Al Quran apabila sudah sebati serta menjadi makanan rohani dalam diri insyaAllah akan membentuk sikap dgn Daya Kerja Bijaksana (W.S.F = Work Smart Force) dalam apa2 pun kerja dan amalan yg terasas semata-mata krn Allah Ta'ala.

HUKUM MEMAKAI PERFUME

    Masalah wanita memakai wangian itu ada beberapa hukum:
Apabila mahu keluar rumah, pakai wangian yg tidak kuat baunya (wangian yg tidak dapat dihidu oleh orang ramai). Melainkan apabila dihidu pada tempat yg diletakkan wangian itu baru dapat dihidu baunya.
Wangian yg kuat sehingga orang sekelilingnya dengan hanya lalu sahaja di hadapannya dapat mencium wangian itu, maka hukumnya adalah haram.

   Apabila dipakai di dalam rumah maka tiada larangan dengan wangian yg kuat baunya. Sekiranya suaminya yg menyuruh, maka wajib si isteri memakai wangian itu.

HUKUM BERCOUPLE

Hukum Bercouple itu haram, kerana beberapa sebab berikut: 

1. Orang yang bercouple tidak mungkin menundukkan pandangannya terhadap kekasihnya.

2. Orang yang bercouple tidak akan boleh menjaga hijab.

3. Orang yang bercouple biasanya sering berdua-duaan dengan pasangan kekasihnya, baik di dalam rumah atau di luar rumah.

4. Wanita akan bersikap manja dan mendayukan suaranya saat bersama kekasihnya.

5. Bercouple identik dengan saling menyentuh antara lelaki dan wanita, meskipun itu hanya berjabat tangan.

6. Orang yang bercouple, boleh dipastikan selalu membayangkan orang yang dicintainya.

Dalam kamus bercouple, hal-hal tersebut adalah lumrah dilakukan, padahal satu hal saja cukup untuk mengharamkannya, lalu apatah lagi kesemuanya atau yang lain-lainnya lagi?

Fatwa Ulama Syaikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin ditanya tentang hubungan cinta sebelum nikah. Jawab beliau;
“Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan. Sebagaimana Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki bedua-duaan dengan seorang wanita kecuali ada bersama-sama mahramnya, dan janganlah seseorang wanita berpergian kecuali bersama mahramnya.”

KISAH HELMET & TUDUNG

Seorang budak lelaki sedang menunggu ayahnya di hadapan sebuah kedai gunting rambut. Sedang dia memerhatikan suasana sekeliling, datang seorang perempuan menghampiri motosikalnya yang di letakkan di pakir di hadapan kedai gunting itu juga.

Ketika perempuan itu mengambil topi keledarnya, budak kecil itu bertanyakan sesuatu pada perempuan itu,

"Kak!" sapa budak itu kepada perempuan yang sedang menyarungkan topi keledar di kepalanya.

"Ya dik..." jawabnya

Budak kecil itu bertanya lagi... "Kenapa kakak pakai topi keledar tu...?"

Jawab kakak tersebut... "Undang-undang suruh pakai Dik, kalau tak pakai nanti, takut kena saman... lagipun untuk keselamatan dik... kalau berlaku kemalangan kepala kita akan selamat!" kakak itu memberitahu lagi penuh keyakinan.

Adik itu bertanya lagi... "Kak, kenapa tak takut pun bila tak pakai tudung kepala...! Kan undang-undang Allah suruh perempuan pakai tudung...! Lagipun kakak tak takut ke keselamatan kepala kakak nanti di Akhirat, kena bakar kalau tak pakai tudung!"

Kakak itu tersenyum dan terpinga2 sambil memulas minyak motor yang telah dinaikinya sambil memikirkan kata-kata budak kecil itu...

Sekadar cerita untuk di fikirkan, watak yang ada dalam cerita ini, tiada kena mengena dengan sesiapa pun....

Fikir2kanlah

Friday, 9 December 2011

CINTA DAN KASIH

♥♥(¯`O°oSeKUAT mana CINTA dan KASIH kamu kepada seseorang  (o°O´¯)♥♥

.•❤•Semoga kamu tidak LUPA..
.•❤•Yang mentakdirkan PERTEMUAN hanya ALLAH..
.•❤•Yang memberikan RASA cinta hanya ALLAH..
.•❤•Yang menjanjikan KEBAHAGIAAN hanya ALLAH..
.•❤•Dan yang memberi izin PENYATUAN hanya ALLAH..
.•❤•Semoga dengan itu, tidak akan pernah terdetik dihati kamu...
.•❤•Untuk MEMBELAKANGkanNYA dalam urusan JODOH dan CINTA....

.•❤•Semoga kalian tidak LUPA....
.•❤•Kamu BERHAK merancang....
.•❤•tapi ALLAH lebih berhak menentukan yang TERBAIK
buat hambaNYA kerana Allah adalah sebaik-baik perancang...
.•❤• Dan Allah lah yang memandu hati-hati hambaNya ke arah jalan mana yang terbaik untuk hambaNya....o°O´¯)♥♥

>>>Dan yang mempersatukan hati mereka (orang-orang beriman) walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada dibumi,niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka,akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka…Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana…(Al-Anfal:63)

>>>Cinta Allah itu adalah segalanya..cinta manusia akan hilang, cinta Allah KEKAL buat selamanya..SENYUMLAH atas segala takdir kerana DIA sentiasa tentukan yang terbaik untukmu..manusia mengecewakan kita tetapi ALLAH TIDAK PERNAH mengecewakan hambaNYA, maka..SETIALAH pada cintaNYA..♥♥♥InsyaAllah...Aminn Ya Robb.....

.•❤•Dakwah adalah cinta. Cinta akan meminta semuanya dari dirimu.

Thursday, 8 December 2011

LAWAK ISLAMIK

mesti baca!!!! ^^

Sebuah pesawat yang membawa 5 org penumpang telah mengalami kerosakan enjin dan tinggal masa utk terhempas. Malangnya hanya ada 4 beg payung terjun sahaja di dalam pesawat tersebut.

... Penumpang pertama berkata...

" Aku Datuk Lee Cong Wei. Malaysia amat memerlukan aku dalam kejohanan All England. " lalu dia pun mengambil beg pertama dan terus terjun.

Penumpang kedua pula berkata...

" Aku Mark Zuckerburg. Takde aku, takde Facebook. So biarkan aku hidup. " lalu mengambil beg kedua dan terus terjun.

Penumpang ketiga muncul...

" Aku presiden Amerika Syarikat George W. Bush. Aku ada tanggungjawab untuk menjaga negara dan rakyat. Tambahan pula aku seorang presiden yang terpandai dalam sejarah Amerika. Aku juga bla bla bla... " 10minit berlalu, dia mengambil beg ketiga dan terus terjun tanpa menoleh kebelakang.

Penumpang keempat pula Osama Bin Laden berkata kepada penumpang kelima, seorang budak berumur 10 tahun.

Katanya :

" Aku seorang muslim dan biarkan Allah sahaja yg menentukan nasibku. Kamu ambillah beg payung terjun tersebut dan selamatkanlah diri kamu.

Lalu budak tersebut pun berkata...

" Jangan bimbang pakcik, ada satu lagi beg payung terjun untuk pak cik. Presiden yang kononnya terpandai dalam sejarah Amerika itu telah terambil beg sekolah

ENAM PESANAN WANITA

     Ada 6 pesanan untuk kaum wanita dapat diamalkan di dalam kehidupan seharian untuk hidupkan suasana Iman dan Amal di dalam rumahtangga. Apabila ada suasana agama dalam kehidupan maka hidayat dan nusrah (pertolongan) dari Allah akan datang. Rumahtangga dirahmati Allah, keberkatan dalam kehidupan kita dan ketenangan dalam jiwa kita. dikatakan usaha yang dibuat oleh suami hanya sampai dihadapan pintu rumah sahaja dan dari pintu rumah ke 3 penjuru rumah wanitalah yang kena mainkan peranan dan 6 pesanan itu adalah amalan nurani. Amalan itu ialah :-

1. Solat di awal waktu dan galakkan kaum lelaki yang mahram bersolat ditempat di mana azan dilaungkan iaitu di masjid atau di surau.

2. Istiqamah membaca Al-Quran dan berzikir. - Hak Al-Quran hendaklahkhatam2X setahun. Jadi lapangkan tiap-tiap hari untuk membacanya. Disamping ituhendaklah kita mengingati Allah dalam apa keadaan kita sekalipun dan dimana kita berada. Dengan melihat setiap ciptaan Allah kita dapatmengingati Allah s.w.t. Maka dianjurkan supaya dapat kita melapangkan waktu pagi (lepas subuh) dan petang hari (lepas Asar) untuk mewiridkan kalimah-kalimah tasbih, tahmid, tahlil dan takbir ie "Subhanallah Walhamdulillah Wala ilaha illallah Wallahu Akbar" jika mampu boleh di sambung "Wa la hawlawalaquwataillabillahi'aliyil'azim" 100X. Selawat ke atas Nabi 100X danberistighfar 100X. Selain daripada itu amalkanlah doa-doa masnun - doa yang diucapkan ketika melakukan sesuatu perbuatan ie masa hendak makan, tidur,masuk dan keluar tandas dsb.

3. Istiqamah menghidupkan Takleem dan Taklum (belajar dan mengajar ilmu agama). - Lapangkanlah masa yang sesuai walau seketika supaya semua ahli keluarga dapat menghidupkan majlis ilmu ini. Duduklah seperti duduknya kita di dalam solat ie menutup aurat, berkeadaan suci dan berbau wangi. Majlis mempelajari agama ini terbahagi kepada dua iaitu : Pertama - Majlis berkenaan hadis-hadis mengenai kelebihan beramal. Ini adalah untuk menimbulkan keghairahan dalam ahli keluarga untuk beramal. Kedua - Majlis berkenaan masalah-masalah agama (hukum-ahkam dalam ibadat). Wajib suami untuk mengajar anak dan isteri mengenainya. Jika tidak tahu wajib atasnyauntuk belajar.

4. Mendidik anak secara agama dan sunnah.

5. Hidup sederhana.:- berbelanja mengikut keperluan tetapi bukan mengikut kemampuan.

6. Menggalakkan suami / mahram yang lelaki untuk usaha atas agama dakwah illallah (mengembangkan agama)/keluar ke jalan Allah. secara Baironi : di luar kampung halaman kita dan usaha Maqami : Di dalam qariah kampung halaman kita.

Akhir sekali semoga kita sama-sama dapat mengamalkan 6 pesanan ini dalam rumahtangga kita secara istiqamah dan ikhlas setiap hari. Juga untuk jadi isteri yang beriman dan solehah hendaklah kita taat pada suami. Jika suami redha ke atas kita maka Allah s.w.t. akan redha ke atas kita. Berzikir ,berdoa, beristighfar, membaca Al-Quran dan berselawat adalah amalan-amalan utama yang harus dikekalkan oleh setiap umat islam untuk kesempurnaan Iman dan Islamnya. Semuanya itu menjadi penawar bagi hati dan jiwa yang rusuhdan resah gelisah. Waallahu'alam.

 Berdoalah semoga Allah beri kita kekuatan dan taufiq dariNya untuk sama-sama kita dapat amalkan dan sampaikan kepada yang lain. Insya Allah

AURAT WANITA

1. Bulu kening -Menurut Bukhari, "Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening." Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki) -"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian  -"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada -"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

5. Gigi -'Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.' (Riwayat At-Thabrani) -"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah"(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan -Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: 'Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan -"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata -"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31). -Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara) -"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32). -Sabda Rasulullah saw, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan -"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. "(An Nur : 31). -"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar). -"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian -"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah). -"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu. -"Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).

12. Rambut -"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).

KASIH SEORANG IBU

Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)

Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .

Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .

Aku ada pasangan hidup sendiri .

Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :

" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak

" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah . "

Berderai air mata jika kita mendengarnya .

Tapi kalau mak sudah tiada .

" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "

Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu . Si ibu segera mengesatkan tangan di aprOn menyambut kertas yang dihulurkan Oleh si anak lalu membacanya . KOs upah membantu ibu :

1) TOlOng pergi kedai : RM4.00

2) TOlOng jaga adik : RM4..00

3) TOlOng buang sampah : RM1.00

4) TOlOng kemas bilik : RM2.00

5) TOlOng siram bunga : RM3.00

6) TOlOng sapu sampah : RM3.00

Jumlah : RM17.00

Selesai membaca , si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya . Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama .

1) KOs mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

2) KOs berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

3) KOs air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

4) KOs kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

5) KOs menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu . Si anak menatap wajah ibu ,memeluknya dan berkata ,

"Saya Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya

BANGKIT UNTUK DIHISAB

Surah ini merupakan surah Makkiyah yang menduduki tempat ke-101 dalam susunan surah-sursh Al-quran dan diturunkan selepas surah Quraisy.Namanya diambil daripada perkatan al-Qari'ah yang terdapat dalam ayat pertama yang bermaksud ketukan yang amat keras.Walau bagaimanapun,maknanya dipakai dalam konteks lain yang lebih luas iaitu merujuk kepada hari kiamat.
 
     Keseluruham firman Allah dalam sebelas ayat ini menjelaskan tentang kiamat.Ia merangkumi gambaran fenomena kedhasyatan hari kiamat yang diingkari oleh golongan Musyrikin.Allah SWT menggambarkannya seperti sesuatu yang amat menakutkan dan mengerikan.Manusia yang selama ini yang berada di dunia sentiasa dimuliakan akan berada tidak dihargai sehingga ditiup berterbangan laksana belalang yang melayang-layang dalam tiupan angin kencang yang tidak dapat dikawal oleh sesiapa pun melainkan Allah SWT.
 
    Gunung-ganang yang amat kukuh menjadi seperti bulu yang berterbangan ke sana sini.Keadaannya tidak jauh berbeza berbanding batu-batu kerikil kecil yang dilontar.Kemudian manusia akan dihimpunkan di hadapan Allah SWT untuk dihisab dan menerima balasan atas segala tindak-tanduknya di dunia.


TIMBANGAN: BERAT ATAU RINGAN
    Firman Allah SWT seterusnya dalam ayat 6 hingga 9,"Setelah berlaku demikian,maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing).Adapun orang berat timbangan amal kebaikannya,maka dia barada dalam kehidupan yang senang-lenang.Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal kebaikannya, maka tempat kembalinya ialah "hawiyah".
 
    Manusia akan dihadapkan dimahkamah Allah SWT untuk dikira amalannya di dunia.Berkaitan dengan timbangan ini,Abu Daud dan al-hakim meriwayatkan daripada Aisyah r.ha isteri Nabi Muhammad SAW ia berkata:"suatu hari aku teringat akan kedahsyatan neraka sehingga membuatku menangis.Rasulullah SAW lalu bertanya kepadaku:"Apa yang membuatmu menangis?"Aku menjawab:"Aku teringat akan neraka,lalu aku menangis.Apakah Rasulullah akan ingat keluarga Rasulullah nanti pada hari kiamat?


    "Rasulullah SAW menjawab yabg bermaksud:"Kelak pada 3 keadaan,maka tidak ada seorang pun yang mengingati orang lain;iaitu 1. Pada saat timbangan (amal)sehingga ia tahu timbangan kebaikannya lebih berat atau lebih ringan. 2. Pada saat buku-buku catatan amal berterbangan sehingga ia tahu buku itu jatuh ke tangan kanannya,tangan kiri atau dari belakangnya. 3. Pada saat melintasi titian (sirat)yang terletak di atas punggung neraka sehingga ia melaluinya".


HAKIM YANG MAHA ADIL
    Berbagai-bagai hadith Nabi SAW yang menyebut tentang timbangan ini adalah sebuah riwayat daripada ibnu almubarak daripada salman alfarisi dan alzuhud katanya :"diletakkan timbangan pada hari kiamat andai langit dan bumi diletakkan diatasnya nescaya ia cukup luas untuk keduanya.para malaikat bertanya:"wahai tuhan,untuk siapa timbangan ini?"allah menjawab:"untuk makhluk yang AKU kehendaki."para malaikat berkata"Maha suci Engkau,kami belum menyembah-Mu dengan sebenar-benar ibadah"
 
    Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Hakim dengan marfu'k,namun ibnu Rajab dalam Jami' al-ulum wa Al-hikam berkata:"riwayat mauquf lebih masyhur."
 
    Kesimpulan daripada pelbagai ayat dan hadis yang bercerita tentang timbangan ini,ia memberikan gambaran bahawa timbangan(mizan)ini ialah suatu alat yang akan dibawa ke hadapan seluruh makhuk pada hari kiamat nanti,kemudian digunakan untuk menimbang secara amat teliti sekecil apapun perbuatan baik @ buruk yang dilakukan seseorang.alat ini memiliki 2 bahagian;1 bahagian untuk diletakkan amal kebaikan & bahagian lain untuk diletakkan amal keburukan.mana-mana bahagian lebih berat,maka itulah yang akan menetukan nasib seseorang itu.
 
     inilah akidah pegangan majoriti Ahli Sunnah sejak zaman sahabat dan tabi'n.para ulama' menjelaskan bahawa salah satu tujuan diditangkan timbangan tersebut adalah untuk memperlihatkan kepada manusia keadilan Allah SWT yang sangat tinggi dan tidak dapat dipertikaikan dalam membalas setiap amal perbuatan mereka di dunia.


API YANG PANAS
    Allah SWT menggambarkan dalam ayat ke 9 bahawa tempat kembali para penderhaka adalah hawiyah.dalam tafsir al-aisar,pengarang menyatakan penggunaan neraka juga dikaitkan sebagai"ibu" kerana para penderhaka akan kembali ke pangkuaannya sebagaimana anak kembali mke pangkuaan ibunya.


    Dalam ayat ke-10 pula,uslub istifham (ayat tanya)didatangkan bagi meningkatkan kesedaran tentang bahayanya api neraka.firmannya yang bermaksud:"dan apa jalannya  engkau dapat mengetahui,apa dia hawiyah itu?"akhirnya dalam penutup surah ini Allah SWT sendiri menjawab persoalan itu dengan mafhum firman-nya:"hawiyah itu ialah api yang panas membakar".


    Allah menghendaki daripada manusia agar faham bahawa tiada bahaya yang lebih memudaratkan berbanding kesengsaraan menjadi ahli dan penghuni neraka.
    

Wednesday, 7 December 2011

DOA BERLINDUNG DARIPADA MALAPETAKA

 َأللهمَّ اِنِّي أعُوذُبِكَ مِنَ الهَدْمِ وَأعُوذُبِكَ مِنَ التَّرَدِّي وَأعُوذُبِكَ مِنَ الغَرَقِ والْحَرَقِ والْهَرَمِ وَأعوذُبِكَ أن يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ 
                                              عِنْدَ الْمَوْتِ وَأعُوذُبِك                                                              
              أنْ أموتَ في سَبيلِكَ مُدْبِرًا وَأعوذُبِكَ انْ أمُوتَ لَدِيغًا                        


Maksudnya:(ya Allah ya tuhanku,aku berlindung diri denganmu daripada tertimpa keruntuhan,aku berlindung diri dengan mu daripada malapetaka kejatuhan,aku berlindung diri dengan mu daripada bahaya tenggelam,kebakaran dan ketuaan,aku berlindung daripada diri dengan mu agar fikiranku tidak dikucar-kacirkan oleh syaitan ketika menghadapi maut.aku berlindung dengan mu agar aku tidak mati dalam keadaan berpaling daripada jalanmu.aku berlindung diri dengan mu agar aku tidak mati kerana terkena binatang berbisa)"Sunan Abi Daud no.1554"

Tuesday, 6 December 2011

KELEBIHAN AL-QURAN

  • Dari Anas RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:" Bagi Allah SWT ada sekumpulan manusia adalah seperti anggota keluarganya yang istimewa.Para sahabat R.hum bertanya:siapakah mereka itu ya Rasulullah?Baginda Rasulullah SAw bersabda:mereka adalah orang-orang al-quran dan anggotanya yang istimewa.
  • Dari Ibnu Abbas R.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"sesungguhnya orang-orang yang tiada sesuatu daripada (penghafalan ) Al-quran didalam dadanya adalah seperti rumah yang ditinggalkan kosong.( sebagaimana rumah akan kelihatan ceria apabila ada penghuninya begitulah hati manusia ini akan hidup dan ceria apabila ada ayat-ayat Al-quran yang dihafal di dalam dadanya) -Hadis Riwayat Tirmizi-
  • Dari Abdul Malik bin Umair Rah.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:"Mengenai surah Al-fatihah ia adalah penyembuh segala penyakit.~Hadis Riwayat Darami~
  • Dari Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Baginda Rasulullah SAW bersabda:"Apabila salah seorang daripada kamu membaca Amin,para malaikat di langit juga akan berkata Amin.Barangsiapa menyamai Aminnya,maka akan diampunkan baginya dosa-dosanya yang lalu.